Kategori Penyertaan

  1. Kategori Sekolah Rendah
  2. Kategori Sekolah Menengah
  3. Kategori uiTM Cawangan Negeri
Syarat Penyertaan
  1. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (lima orang termasuk guru pembimbing / ketua kumpulan / ahli kumpulan )
  2. Penyertaan dalam pertandingan Inovasi ICT 2019 adalah secara jemputan.
  3. Kos setiap projek adalah tanggungan peserta ( Termasuk makan dan minum, penginapan dan pengangkutan)
  4. Permohonan untuk penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan.
  5. Setiap kumpulan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
  6. Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan
  7. Urusetia tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian, kerosakan yang disebabkab kebakaran atau sebab lain sepanjang tempoh pameran atau sepanjang perjalanan.
  8. Keperluan bahan untuk membangunkan idea atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta
  9. Cetusan idea mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat.
  10. Peserta perlulah membawa bersama poster dan peralatan lain yang terlibat untuk dipersembahkan.
  11. Selepas pendaftaran penyertaan, peserta tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan nama ahli kumpulan dan tajuk projek.
  12. Pembentangan projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh peserta atau wakil kumpulan semasa sesi penilaian diadakan.
  13. Pertandingan akan dinilai oleh juri yang dilantik oleh penganjur di kalangan pensyarah.
  14. Keputusan para juri adalah MUKTAMAD.
  15. Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan sebelum  31Ogos 2019
  16. Pendaftaran boleh diisi secara online di  https://forms.gle/rQdjn3K3JhVtsAAY7

Poster Pertandingan

  • Saiz dan format poster adalah bebas (mengikut kreativiti)
  • Saiz dan format poster adalah bebas (mengikut kreativiti)

Kemudahan yang disediakan di tapak Booth

  • 1 Papan Poster ( 3’ X 7’ )
  • 1 Meja
  • 2 Kerusi
  • 1 Plug Elektrik