MAKLUMAT BOOTH

1.    Sebanyak 12 booth akan bertanding dan semua booth adalah booth UiTM.
2.    4 kategori akan dipertandingkan & hanya satu pemenang bagi setiap kategori :
        a) Booth Kreatif
        b) Booth Berinformatif
        c) Booth Paling Ramai Pengunjung
        d) Booth Terbaik Keseluruhan

3.    Pemenang bagi kategori Booth Terbaik Keseluruhan perlu memenangi salah satu daripada kategori (a) - (c).
4.    Bagi kategori Booth Paling Ramai Pengunjung, peserta adalah digalakkan menyediakan kaedah bagi merekod kehadiran pengunjung mengikut kreativiti masing-masing.


SESI PENJURIAN

1.    Sesi penjurian akan dijalankan pada kedua-dua hari (18 & 19 September 2019) bermula jam 9.30 pagi - 1.00 tengahari.   
2.    3 orang juri berpengalaman akan terlibat semasa sesi penjurian booth tetapi pada waktu yang berbeza.   
3.    Panel juri akan menilai semua booth yang telah ditetapkan (berjumlah 12 booth).
4.    Tiada waktu penjurian khusus ditetapkan dan panel juri bebas untuk menjalankan penjurian mengikut masa sendiri. Peserta booth dan Sekretariat tidak akan dimaklumkan waktu sebenar panel juri akan hadir.


KAEDAH PENJURIAN

1.    Panel juri akan diberikan stiker warna yang berlainan untuk dilekatkan pada borang dan juga pada booth bagi menandakan booth tersebut telah selesai dinilai.
2.    Setiap booth perlu mempunyai 3 sticker warna yang berbeza mewakili 3 orang juri.
3.    Peserta perlu memastikan booth masing-masing sudah mempunyai 3 stiker lengkap daripada pihak juri.
4.    Kriteria penilaian adalah berdasarkan: Tema & Konsep, Sokongan (Aksesori & Keseragaman Ahli), Keceriaan, Daya Kreatif & Persembahan.
5.    Pihak juri berhak membatalkan penyertaan booth yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.


KEPUTUSAN PENJURIAN

1.    Pihak Sekretariat tidak akan terlibat dengan sebarang pemarkahan atau memberi pengaruh kepada para juri samada secara langsung atau tidak langsung.
2.    Keputusan pemenang bagi Pertandingan Booth akan diumumkan ketika Majlis Penutup HICT UiTM 2019.
3.    Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.