Kategori Penyertaan
- Kategori Sekolah Rendah
- Kategori Sekolah Menengah
- Kategori uiTM Cawangan Negeri
Syarat Penyertaan |
- Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (lima orang termasuk guru pembimbing / ketua kumpulan / ahli kumpulan )
- Penyertaan dalam pertandingan Inovasi ICT 2019 adalah secara jemputan.
- Kos setiap projek adalah tanggungan peserta ( Termasuk makan dan minum, penginapan dan pengangkutan)
- Permohonan untuk penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan.
- Setiap kumpulan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
- Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan
- Urusetia tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian, kerosakan yang disebabkab kebakaran atau sebab lain sepanjang tempoh pameran atau sepanjang perjalanan.
- Keperluan bahan untuk membangunkan idea atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta
- Cetusan idea mestilah daripada penjanaan idea sendiri dan bukan plagiat.
- Peserta perlulah membawa bersama poster dan peralatan lain yang terlibat untuk dipersembahkan.
- Selepas pendaftaran penyertaan, peserta tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan nama ahli kumpulan dan tajuk projek.
- Pembentangan projek/bahan sebenar perlu dipersembahkan oleh peserta atau wakil kumpulan semasa sesi penilaian diadakan.
- Pertandingan akan dinilai oleh juri yang dilantik oleh penganjur di kalangan pensyarah.
- Keputusan para juri adalah MUKTAMAD.
- Tarikh tutup penyerahan borang penyertaan sebelum 31Ogos 2019
- Pendaftaran boleh diisi secara online di https://forms.gle/rQdjn3K3JhVtsAAY7
Poster Pertandingan
- Saiz dan format poster adalah bebas (mengikut kreativiti)
- Saiz dan format poster adalah bebas (mengikut kreativiti)
Kemudahan yang disediakan di tapak Booth
- 1 Papan Poster ( 3’ X 7’ )
- 1 Meja
- 2 Kerusi
- 1 Plug Elektrik