Tulisan HICT 2019 pada logo menunjukkan program kali ini adalah Hari ICT yang dijalankan pada tahun 2019. Untuk makluman, pada tahun lepas telah dijalankan Konferensi ICT 2018.
Penggunaan warna biru tua, kuning dan ungu yang sama seperti dalam logo UiTM melambangkan program Hari ICT ini merupakan satu aktiviti yang penting bagi menjadikan ICT sebagai pemacu transformasi UiTM untuk menjadi lebih baik. Ini selari dengan saranan Naib Canselor semasa amanat Tahun Baru 2019 beliau yang mengingatkan warga UiTM bahawa UiTM perlu meningkatkan pencapaian demi melonjakkan profil global UiTM.
Bentuk bulat yang mengandungi perkataan HICT 2019 membawa maksud kesepaduan semangat kerja berpasukan oleh staf ICT dalam melaksanakan segala misi dan visi UiTM dalam bidang ICT.
10 garisan putus panjang yang bergerak keluar dari bulatan pula melambangkan output yang keluar hasil dari pembangunan sistem secara berterusan oleh Jabatan Infostruktur. Sistem-sistem ini walaupun dilihat berfungsi secara berasingan, tetapi akhirnya akan menjalankan fungsi yang sama iaitu memacu transformasi UiTM menjadi lebih tampak di mata dunia.
Bentuk panah yang menembusi bulatan secara pepenjuru pula membawa maksud sesuatu yang bergerak atau dinamik. Ia membawa pengertian bahawa ICT itu bersifat bergerak dan tidak statik. Ia akan bergerak mengikut apa yang kita kehendaki. Oleh itu, para staf ICT perlulah sentiasa bergerak mindanya dalam mengejar kemajuan teknologi yang bergerak semakin pantas dari semasa ke semasa.