Jabatan Infostruktur sebelum ini telah menganjurkan beberapa seminar/konferensi teknologi maklumat bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman secara berterusan mengenai kepentingan teknologi itu sendiri dan bagaimana teknologi maklumat dapat digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi merealisasikan visi, misi dan objektif UiTM.

Program ini disasarkan kepada kumpulan tersenarai di bawah:

  • Semua staf Skim F UiTM seluruh Malaysia
  • Ahli Majlis Pengurusan Kanan UiTM termasuk Dekan, Ketua-Ketua Bahagian/Pusat dan Pengarah-Pengarah Kampus
  • Staf Akademik