Pejabat Infostruktur, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur adalah jabatan yang bertanggungjawab menyediakan prasarana, khidmat dan keperluan ICT kepada semua warga UiTM. Pejabat Infostruktur juga komited untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ICT dengan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, yang mana antara inisiatifnya adalah melalui penganjuran seminar/konferensi di peringkat universiti.

Pejabat Infostruktur sebelum ini telah menganjurkan beberapa seminar/konferensi teknologi maklumat bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman secara berterusan mengenai kepentingan teknologi itu sendiri dan bagaimana teknologi maklumat dapat digunakan dengan sebaiknya bagi memastikan tadbir urus universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan demi merealisasikan visi, misi dan objektif UiTM.

Antara seminar/konferensi yang telah dianjurkan oleh Pejabat Infostruktur termasuklah :

  • UiTM in the Next Millenium – Reengineering, Teaching, Learning and Office Automation.
  • The Ideal Learning Environment For the Fourth Wave : Information Technology as a Change Enabler.
  • In Pursuit of The Ideal Learning Environment – A People, Process, Technology Model.
  • ICT Mission in Action : Merging Expectations into Planned Actions.
  • ICT Strategy Towards A World Class University : Delivering Excellence Through Managed Environment.
  • Creative Transformation Through ICT Innovations.

Tema Konferensi ICT kali ini adalah Digital Services Revolution: Stepping into a New Era yang mana merupakan kesinambungan daripada seminar-seminar yang telah diadakan sebelum ini. Memandangkan dunia secara globalnya telah memasuki era IR4.0, Pejabat Infostruktur merasakan keperluan untuk memberikan pendedahan serta pendekatan strategik kepada pihak Pengurusan dan juga staf IT UiTM selaku teraju utama untuk mendokong hasrat universiti bagi menyahut cabaran IR4.0.