Memandangkan dunia secara globalnya telah memasuki era IR4.0, Pejabat Infostruktur merasakan keperluan untuk memberikan pendedahan serta pendekatan strategik kepada pihak Pengurusan dan juga staf IT UiTM selaku teraju utama untuk mendokong hasrat universiti bagi menyahut cabaran IR4.0.
Keberkesanan program ini secara langsung dapat :
- Meningkatkan pengetahuan para peserta tentang teknologi terkini dan amalan terbaik sebagai langkah persediaan menghadapi era digital dan cabaran IR4.0.
- Menambahbaik tadbir urus ICT universiti, sistem perkhidmatan ICT dan penyampaian maklumat yang lebih efektif dan berkesan kepada warga UiTM.
- Menghasilkan Pelan Strategik ICT yang rapi dan terancang ke arah kemampanan UiTM memacu kecemerlangan secara global pada masa hadapan.
- Menggalakkan penghasilan inovasi ICT dikalangan staf ICT untuk menyokong PTJ dalam memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan, mudah dan cepat pada masa hadapan.