ANJURAN : Program ini adalah merupakan salah satu program  sisipan dalam acara tahunan Hari ICT yang dijalankan oleh Jabatan Infostruktur Shah Alam, Selangor. 
 
RASIONAL  

a) Kertas kerja ini akan dikemukakan kepada Ahli Mesyuarat Pengurusan Infostruktur untuk dibincang dan diluluskan.

b) Program ini adalah merupakan program tahunan yang terdapat dalam takwim Jabatan Infostruktur, UiTM Shah Alam .

c) Pertandingan Inovasi ICT ini merupakan salah satu aktiviti di dalam penganjuran Hari ICT.

d) Penganjuran pertama kali yang diadakan ini melibatkan masyarat di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, di samping dapat memperkenalkan suasana Universiti kepada mereka. 

e) Peserta dapat memperlihatkan kreativiti dalam mempersembahkan inovasi yang dihasilkan mengikut kategori masing-masing.

MATLAMAT 
Aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang kepada pihak sekolah dan warga UiTM dalam melakukan aktiviti yang menjana daya inovatif melalui pengelibatan dalam pertandingan ini dan memupuk minat pelajar terhadap sesuatu yang dapat meningkatkan kreativiti minda.  

OBJEKTIF 
Berikut adalah objektif program ini dilaksanakan;

a) Meningkatkan tahap kesedaran warga UiTM terhadap kepentingan penyertaan dalam bidang inovasi
b) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi peringkat sekolah melalui penghasilan sesuatu yang baharu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat umumnya. 
c) Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada sekolah dan warga UiTM Cawangan Negeri yang menyumbangkan idea yang kreatif dalam pertandingan inovasi ini.